fbpx

Lingard mahu kembali ke prestasi asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINGARD berdepan kesukaran apabila prestasinya dilihat turun mendadak sehingga gagal meraih tempat dalam kesebelasan utama United musim ini. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Jesse Lingard mendedahkan bahawa dia berdepan tempoh sukar dalam kariernya sepanjang musim ini sehingga menjejaskan keseluruhan aksinya.

Pada perlawanan terakhir kempen musim ini menentang Leicester City Ahad lalu, Lingard berjaya menjaringkan gol kedua ketika United mencatat kemenangan 2-0 sekali gus menjadi gol pertamanya sepanjang 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Gol yang dijaringkan Lin­gard pada minit ke-98 itu me­nyaksikan United berjaya me­ngesahkan slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan sele­pas menamatkan aksi di ke­dudukan ketiga liga.

“Ia musim yang sangat sukar kerana beberapa sebab. Saya hi­lang identiti sebagai seorang manusia dan pemain bola sepak tetapi saya tidak pernah berputus asa.

“Saya perlu bekerja lebih keras berbanding sebelum ini. Orang yang berada di sekeliling te­lah memberikan sumbangan yang terbaik untuk saya kembali ke tempat di mana saya patut ber­ada.

“Saya sedar ramai peminat yang kecewa dengan apa yang ­telah berlaku tetapi kecintaan terhadap kelab ini dan para peminat tidak pernah pu­dar,” katanya.

Lingard berjaya meledak gol tunggalnya musim ini ekoran ke­silapan yang dilakukan oleh pen­jaga gol Leicester, Kasper Schmeichel yang gagal melepaskan sepakan sebelum bola tersebut ditampan pemain berusia 27 tahun itu yang mudah menolak masuk ke gawang untuk mengesahkan kemenangan United pada aksi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI