fbpx

Lima gadis dihukum penjara kerana video TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANEEN dihukum penjara dua tahun kerana memuat video dan gambar yang melanggar tingkah laku awam di Kaherah, Mesir. – INSTAGRAM/HANEENHOSSAMOFFICIAL

KAHERAH – Sebuah mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas lima wanita selebriti media sosial atas pertuduhan melanggar tingkah laku awam, menurut satu sumber kehakiman.

Hukuman yang diputusan pada Isnin lalu dikenakan terhadap Haneen Hossam, Mawada al-Adham dan tiga lagi wanita selepas mereka memuat naik rakaman video ke aplikasi TikTok.

“Mahkamah di Kaherah turut mengenakan denda 300,000 pound Mesir (RM79,800) ke atas setiap tertuduh,” menurut sumber sama.
Semua tertuduh boleh membuat rayuan berhubung hukuman tersebut, lapor portal Daily Mail.

Haneen, 20, ditahan pada 21 April lalu selepas memuat naik klip video berdurasi 3 minit, memberitahu seramai 1.3 juta pengikut bahawa gadis boleh ‘buat duit’ dengan bekerja dengannya.

Berdasarkan satu klip video dikongsi ke aplikasi Likee, tertuduh yang juga pelajar di Universiti Kaherah menawarkan peluang kerja dari rumah kepada gadis berusia 18 tahun ke atas.

Mereka boleh raih pendapatan sehingga AS$3,000 (RM12,745) dengan menghasilkan klip video selain berbual dengan orang asing.

Mawada pula ditahan pada Mei lalu kerana berkongsi gambar dan video kurang sopan di media sosial. Dia juga dituduh memuat naik video dengan kandungan sindiran ke TikTok dan Instagram. Gadis ini mempunyai dua juta peminat.

Tiga lagi wanita didakwa kerana membantu mengendalikan akaun media sosial Haneen dan Mawada. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI