fbpx

Kenderaan Musa dihalang memasuki Istana Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan Musa yang dihalang memasuki pagar utama Istana Negeri sebentar tadi. Foto IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Kenderaan dinaiki rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dihalang memasuki pagar utama Istana Negeri sebentar tadi.

Beberapa kenderaan digunakan rombongan terbabit dilihat tidak dibenarkan masuk kira-kira pukul 3.50 petang berikutan kawasan berkenaan sudah dikawal ketat pasukan keselamatan.

Turut kelihatan 33 ADUN yang dikatakan mengikuti Musa.

Terdahulu, Musa mendakwa sudah mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkuatkuasa hari ini.

Pembubaran terbabit diumumkan ketika sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Mohd Shafie berkata pembubaran berkenaan sudah dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI