fbpx

Jurutera godam data bekas majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menggunakan komputer riba untuk menggodam pangkalan data sebuah syarikat. – GAMBAR HIASAN/9SDWORLD/PIXABAY

NEW DELHI, INDIA – Seorang jurutera perisian ditahan polis kerana disyaki menggodam dan memadamkan sejumlah data penting dalam pangkalan data syarikat bekas majikannya di sini, lapor portal berita odditycentral.com kelmarin.

Pakar teknologi maklumat itu yang dikenal pasti sebagai Vikesh Sharma berbuat demikian dengan harapan majikan lama akan memanggilnya semula untuk bekerja bagi mendapatkan semula data yang hilang.

Suspek memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Teknologi Maklumat dan berasal dari bandar Maujpur di sini pernah bekerja sebagai jurutera perisian kanan di syarikat swasta dalam industri perubatan.

Dia dipecat selepas satu perselisihan faham dengan bekas majikan yang tidak dinamakan berhubung isu gaji bulanan semasa India menguat kuasa perintah berkurung disebabkan pandemik Covid-19.

“Suspek tidak memilih untuk beralih mencari pekerjaan lain tetapi Vikesh cuba mendapatkan kembali pekerjaan di syarikat lama dengan cara berbeza,” menurut polis.

Ketua pegawai eksekutif syarikat itu membuat laporan polis selepas dimaklumkan tentang insiden penggodaman sebelum satu siasatan dijalankan.

Suspek berjaya dikenal pasti berdasarkan alamat Protokol Internet (IP) selepas dia cuba menceroboh masuk pangkalan data buat kali kedua untuk memadamkan lebih banyak maklumat.

Vikesh sempat memadamkan kira-kira 18,000 data kemasukan pesakit, 300,000 maklumat bil pesakit dan membuat kira-kira 22,000 kemasukan palsu dalam pangkalan data bekas majikan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI