fbpx

Gadis 14 tahun pelihara enam ekor ular sawa gergasi di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHALWA bermain dengan beberapa seekor ular sawa miliknya di halaman sebuah rumah di Kabupaten Purworejo, Jawa Tengah di Indonesia. – INSTAGRAM/@CHALWA17

JAKARTA – Seorang remaja perempuan menarik perhatian pengguna media sosial kerana memelihara enam ekor ular sawa gergasi di rumahnya, menurut laporan portal berita odditycentral.com semalam.

Chalwa Ismah Kamal, 14, dari Kabupaten Purworejo, Jawa Tengah di Indonesia turut berkongsi koleksi gambar dan klip video semasa bermain ular sawa termasuk mencium serta memeluk reptilia peliharaannya menerusi akaun Instagram dan TikTok.

“Ular-ular ini sebenarnya tidak berbisa dan amat jinak, malah tidak seburuk seperti yang sering digambarkan segelintir pihak,” katanya.

Laman web Lampung77 pula melaporkan, Chalwa mula menjaga kawanan reptilia itu sejak dia berusia empat tahun termasuk memberi makanan tanpa berasa bimbing soal keselamatan dirinya.

Setakat ini, tiada maklumat didedahkan bagaimana gadis muda itu memperoleh semua ular sawa berkenaan.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan Chalwa disebabkan saiz serta jumlah reptilia yang berkongsi tempat tinggal dengannya.

“Ular bersaiz kecil pun sudah kelihatan cukup menakutkan, inikan pula memelihara ular sawa gergasi,” kata seorang pengguna di ruang komen Instagram Chalwa.

Gadis itu mula memuat naik gambar dan video ular sawa peliharaannya di media sosial sejak akhir bulan sebelum tular di internet. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI