fbpx

Ferrari sudah mengaku kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI terus bergelut dalam menghasilkan jentera yang kompetitif dan sehingga kini masih belum mampu menandingi kehebatan Mercedes. – AFP

LONDON – Pengerusi Ferrari, John Elkann sudah mula me­ngibarkan bendera putih untuk saingan Formula Satu (F1) musim ini dengan menyatakan pasukannya tidak boleh memberi saingan kompetitif sehingga tahun 2022.

Kata Elkann, perubahan daripada sudut teknikal yang sepatutnya berlangsung pada musim 2021 telah ditangguhkan ke tahun 2022 menjadi punca kenapa pasukannya perlu bersabar sebelum dapat menamatkan kemarau kejuaraan dunia yang kali ter­akhir dimenangi pada 2008.

“Jentera kami akan terus bergelut untuk saingan musim depan kerana kami terpaksa menggunakan jentera musim ini sebagai langkah penjimatan ekoran penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan sukan antarabangsa.

“Sukar untuk saya katakan sebabnya tetapi apa yang jelas adalah jentera kami musim ini mempunyai banyak kelemahan khususnya dari segi aerodinamik selain enjin yang tidak begitu berkuasa.

“Ini adalah realiti yang pasukan dan pelumba kami perlu te­rima dan ia jelas kelihatan ketika kami bersaing pada perlumbaan dua Grand Prix (GP) di Austria yang lepas,” katanya.

Bagaimanapun, Elkann tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak selain percaya dengan kepimpinan Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto yang bertanggungjawab serta mempunyai kemampuan untuk menamatkan zaman ‘kelam’ pasukan itu.

“Saya pasti kami akan bergelar juara di bawah kepimpinan Binotto. Saya tidak terkejut andai kami akan mendominasi semula F1 di bawah kendaliannya selepas segala isu dapat diselesaikan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI