TANGKAK – Dua wanita menemui ajal di malam hari raya Aidiladha apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona dalam kejadian di Jalan Sialang di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 6.20 petang itu, penunggang, Nur Syaza Nadihra Md. Selan, 22 dan pembonceng, Siti Nur Syahira Yazid, 19, meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala pemandu dan tiga penumpang kereta Proton Persona berusia 20-an terselamat.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II Nizam Yom berkata, dua buah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Apabila sampai di tempat kejadian kita dapati kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal skuter jenis Yamaha telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
“Kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelas Nizam, operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 7.25 malam. – K! ONLINE.