fbpx

Dua penganggur proses ketum ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ketum yang dirampas

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Dua lelaki yang dipercayai melakukan kegiatan memproses air ketum ditahan polis dalam serbuan berasingan di Kampung Setol, Kepala Batas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek yang ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang itu adalah berusia 59 dan 34 tahun.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas 7.5 liter air ketum, 5 kilogram daun ketum dan peralatan dipercayai untuk memasak air ketum.

“Nilai keseluruhan rampasan adalah bernilai kira-kira RM300 dan kita percaya air ketum berkenaan adalah untuk pasaran sekitar kampung itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, hasil ujian saringn awal air kencing ke atas kedua-dua penganggur itu didapati negatif dan mereka direman selama empat hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI