fbpx

Covid-19: Lapan kes baharu, kluster BB tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak lapan kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes positif mencecah 8,964 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lima kes membabitkan penularan tempatan manakala, bakinya adalah kes import.

Beliau berkata, kelima-lima kes tempatan melibatkan warganegara dengan tiga kes di Sabah dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur dan Johor.

“Kes import adalah dari negara Kazakhstan, Filipina dan Indonesia yang membabitkan dua warganegara dan satu bukan warganegara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, kluster Bukit Bintang yang melaporkan 11 kes positif sebelum ini diisytiharkan tamat menjadikan keseluruhan kluster tamat berjumlah 69. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI