fbpx

Aidiladha rezeki penjual lemang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar menunjukkan lemang dan rendang yang dijual di gerainya di Meru, Klang hari ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Kemeriahan sambutan Aidiladha turut menjadi sumber rezeki utama bagi peniaga lemang yang menganggap ia sebagai pendapatan bermusim.

Tinjauan di sekitar Meru dan Kapar di sini, hari ini mendapati puluhan peniaga menggunakan kesempatan menjual juadah tradisi itu di tepi jalan utama kawasan berkenaan.

Peniaga lemang, Azhar Ismail, 56, berkata dia tidak menafikan hasil jualan sememangnya berkurangan hampir tiga kali ganda berbanding sambutan Aidilfitri lalu.

“Namun, saya bersyukur mempunyai pelanggan tetap dan penduduk setempat yang ingin membeli makanan tradisi ini.

“Alhamdulilah, kira-kira 100 batang lemang dapat dijual sehari sejak saya berniaga pada Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di gerainya di Meru.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, dia hanya menjual lemang pada dua sambutan perayaan utama.

“Sambutan diterima amat menggalakkan dan rata-rata pelanggan menggemari rendang ayam dan daging dendeng yang diwarisi sejak 30 tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga di Kapar, Ahmad Nazeem Rahim, 37, pelanggan kebiasaannya akan ramai selepas pulang bekerja bermula pukul 5 petang.

“Biarpun sambutan Aidiladha tidak semeriah seperti di Pantai Timur, masih ada pelanggan yang memenuhi gerai saya untuk membeli lemang.

“Rata-rata mereka menganggap ia adalah makanan wajib pada hari perayaan sekali gus memberi rezeki kepada peniaga,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI