fbpx

40 pemandu bas kena saring Ops Terminal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elmariah (kiri) pada pelancaran Ops Santai di Terminal Bas Sungai Nibong, George Town di sini semalam.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri telah membuat 40 ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas komersial pada hari pertama pelancaran Ops Terminal semalam.

Operasi sempena sambutan Perayaan Aidiladha itu dijalankan di Terminal Bas Sungai Nibong dan Penang Sentral di Butterworth dekat di sini kira-kira pukul 10 pagi.

Pengarah AADK negeri, Elmariah Chung berkata, tujuan Ops Selamat diadakan adalah bagi memberikan kesedaran kepada pemandu bas dan pengusaha bas agar sentiasa menjaga keselamatan diri serta orang awam semasa dalam perjalanan.

“Pada masa sama menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa tiada pemandu bas komersial berada dalam pengaruh dadah semasa memandu bas.

“Setakat semalam, sebanyak 40 saringan telah dilakukan sepanjang hari pertama operasi dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi tadi.

Menurutnya, operasi tersebut turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang (JPJ) dan pengurusan terminal IM Global Property Consultants Sdn. Bhd. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI