fbpx

115 pelajar tahfiz terselamat dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan api dalam kejadian kebakaran di Maahad Tahfiz al-Quran Masjid Lama di Kampung Lambor Kanan dekat Seri Iskandar malam tadi.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Tiga blok bangunan Ma’ahad Tahfiz al-Quran Masjid Lama di Kampung Lambor Kanan dekat Seri Iskandar dijilat api dalam kebakaran tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada pujul 12.50 malam itu, kesemua 115 pelajar lelaki yang berada di pusat tahfiz sempat menyelamatkan diri ketika api mulai marak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 12.52 malam.

Menurut kenyataan tersebut, anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar, BBP Parit, Teluk Intan dan pasukan bomba sukarela telah dikerah ke lokasi kejadian.

‘Kebakaran melibatkan bangunan asrama lama serta stor yang musnah 80 peratus manakala dewan dan bilik kuliah tiga tingkat terbakar 10 peratus.

“Api dapat dikawal sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya tidak lama kemudian,” ujar kenyataan tersebut.

Operasi yang diketuai Zaiful Affendi Ahmad itu tamat sepenuhnya pada pukul 3.25 pagi manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendah Barudin Wariso memberitahu, shingga kini tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI