fbpx

Tangani segera isu pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota polis sedang memeriksa kandungan alkohol menggunakan alat pengesan alkohol terhadap pengguna jalan raya. - Gambar Hiasan
MALINDA ABDUL MALIK

 

SABAN hari negara digemparkan dengan beberapa kematian yang berpunca daripada pemandu ma­­buk. Malah, berdasarkan statistik dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 150 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk dicatatkan.

­Memahami keresahan rakyat berhubung isu tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan merangka pinda­an Akta Pengangkutan Jalan 1987 supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan atas kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, meningkatkan hukuman sahaja dilihat tidak akan menyelesaikan masalah secara menyeluruh sebaliknya perspektif lain juga perlu dikete­ngahkan supaya perkara ini dapat dibendung sebelum keja­diannya.

Selain itu, perkara-perkara yang diketengahkan haruslah seiring dengan piawai dan polisi semasa termasuk memperketatkan penguatkuasaan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, keputusan mengenakan hukuman be­rat terhadap pemandu mabuk merupakan langkah yang proaktif tetapi pada masa yang sama perkara lain perlu dititikberatkan agar penyelesaian isu ini bermula dari akar umbi lagi.

Katanya, pihak berkuasa perlu menggandakan operasi khusus­nya di pusat-pusat hiburan bagi memastikan setiap pemandu ti­dak mabuk melebihi paras yang dibenarkan sebelum memandu kenderaan masing-masing.

Jelas beliau, pihak polis juga perlu melakukan sekatan jalan raya berhampiran pusat hiburan supaya pemandu tidak terlepas daripada pemeriksaan dan ini sekali gus mampu mengelakkan kemalangan berlaku.

“Ini salah satu cara kita me­ngurangkan kadar kemalangan membabitkan pemandu mabuk di mana kita dah sekat awal pemandu itu daripada memandu serta pergi ke kawasan lain.

“Selain itu, pihak berkuasa ju­ga perlu mengkaji masa sekatan jalan raya dilakukan kerana pemandu mabuk pulang dari pusat hiburan awal pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, isu pemandu mabuk tidak sepatutnya diletakkan pada bahu pihak berkuasa semata-mata sebaliknya pe­­ ­ng­­usaha kelab malam juga perlu membuat ujian pemanduan di bawah pengaruh alkohol terhadap pengunjung mereka.

Katanya, tindakan perlu diambil terhadap pemilik sekiranya mereka gagal memastikan ­pengunjung gagal mematuhi undang-undang.

“Macam sekarang musim Co­vid-19 yang perlu periksa suhu badan untuk memasuki premis, jika demam tidak dibenarkan ma­suk. Begitu juga kepada mere­ka yang mengambil alkohol, ji­ka lebih daripada tahap yang di­tetapkan halang mereka memandu.

“Saya rasa tidak timbul isu ke­rana pemandu boleh pulang menaiki teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ismail Muttalib menegaskan kerajaan memandang serius isu berkenaan dan akan mempertimbang menubuhkan sebuah pasukan untuk memantau penjualan alkohol.

“Kami berpendapat ada ke­perluan untuk meninjau kembali tata cara penjualan bahan itu di kedai runcit kerana ia memberi lebih banyak kesan negatif daripada positif kepada masyarakat,” katanya.

Mengulas isu yang sama, peng­analisis jenayah, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, kerajaan perlu membuat kajian secara holistik untuk mencari penyele­saian dari peringkat akar umbi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI