fbpx

PM umum moratorium bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tempoh moratorium bayaran pinjaman bagi mereka yang hilang pekerjaan akibat Covid-19 pada tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu dilanjutkan untuk tempoh tiga bulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tempoh moratorium itu bagaimanapun boleh dilanjutkan lagi oleh pihak bank bergantung kepada situasi individu terbabit.

Manakala, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji berkurangan, bayaran ansuran bulanan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji bergantung kepada jenis pinjaman.

“Sebagai contoh, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji.

“Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan,” katanya semasa menyampaikan Perutusan Khas Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI