fbpx

Pasar Satok ditutup sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Medan Niaga Satok di Kuching ditutup sementara untuk kerja-kerja penyahkuman.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

KUCHING – Medan Niaga Satok di sini telah ditutup sementara untuk kerja-kerja penyahkuman atau disinfeksi pagi ini (29 Julai).

Hal ini berikutan laporan satu kluster baharu yang diberi nama Kluster Pasar Satok setelah empat kes positif Covid-19 melibatkan para peniaga pasar tersebut dilaporkan semalam (28 Julai).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Chin Zin Hing, berkata pasar tersebut hanya ditutup untuk kerja-kerja disinfeksi untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

“Kami akan menjalankan kerja-kerja penyahkuman selama sehari dua dahulu dan melakukan beberapa ujian saringan lagi.

“Kami akan memberi tumpuan kepada hal-hal ini dahulu sebelum memutuskan langkah seterusnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo sebentar tadi (29 Julai).

Seramai 22 anggota Bomba yang diketuai oleh Pegawai Kanan Bahagian Operasi Negeri, PgKB II John Sagus Francis telah terlibat dalam operasi sanitasi awam di pasar tersebut dari pukul 9.10 ke 9.40 pagi tadi.

Pada 25 dan 26 Julai, saringan aktif Covid-19 telah dijalankan di Pasar Satok melibatkan seramai 229 orang. Daripada jumlah yang disaring, seramai empat orang telah didapati positif ujian RT-PCR Covid-19 pada 27 Julai.

Kesemua kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Indeks kes kepada kluster ini dan kontak kepada kes-kes masih dalam siasatan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI