fbpx

Pasar raya tidak patuhi SOP diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASAR raya di Banting yang diarahkan tutup kerana tidak mematuhi SOP.

KUALA LANGAT – Sebuah pasar raya di Banting di sini diarah tutup selama tujuh hari bermula semalam selepas didapati tidak mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, siasatan awal mendapati pengurusan syarikat tidak mengimbas suhu badan pekerja dan pelanggan di pasar raya tersebut.

Katanya, kesalahan turut meliputi tiada mengemas kini penyediaan buku rekod dan aplikasi kehadiran pelanggan seperti MySejahtera dan SELangkah selain tidak melakukan proses sanitasi nyah kuman.

“Sepatutnya, premis-premis yang menjadi tumpuan ramai mementingkan SOP dan bukan mengambil sikap sambil lewa.

“Justeru, kita arah penutupan selama tujuh hari bermula semalam sehingga Isnin depan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman Facebook berkaitan notis perintah penutupan premis pasar raya tersebut mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sha’ari menegaskan, tiada kompaun dikenakan terhadap pasar raya itu sebaliknya pengurusan dikehendaki memastikan SOP itu dipatuhi terlebih dahulu sebelum dibuka semula.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan pihaknya terhadap mana-mana premis di negeri ini agar mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Sepanjang musim PKPP, didapati lebih 50 premis telah diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

“Pelanggan juga diharap lebih peka dan tidak sewenang-wenangnya memasuki premis tanpa merekodkan kehadiran terlebih dahulu demi kebaikan bersama,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI