fbpx

Nelydia mohon doa dikurniakan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih setahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon jelita, Nelydia Senrose memberitahu masih belum bertemu rezeki untuk menimang cahaya mata.

Kata Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 25, dia tidak tertekan apabila sering diajukan soalan berkenaan anak walaupun usia perkahwinan masih terlalu awal.

“Kalau ada rezeki memang saya ingin saya menimang cahaya mata. Cumanya, buat masa sekarang mungkin belum masa yang sesuai. Saya akur dan reda.

“Saya mohon doa daripada orang ramai namun hal berkaitan rezeki, ajal maut dan pertemuan semua adalah ketentuan Ilahi,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Nelydia ditemui pada pelancaran butik Havaianas di Pavilion, Kuala Lumpur yang menyaksikan dirinya dan pelakon Fatin Afeefa dilantik menjadi duta produk berkenaan.

Katanya, andai dirinya diberikan rezeki untuk hamil, dia akan berkongsi berita itu dengan orang ramai termasuk peminat.

“Normal kalau sudah kahwin orang tanya pasal anak dan bagi saya, itu bukan sesuatu yang sensitif pun.

“Pun begitu, kalau saya betul hamil nanti saya tidak akan umum terlalu awal kepada umum. Kandungan sudah ‘kuat’, Insya-Allah saya berkongsi semua orang termasuk peminat,” ujarnya.

Nelydia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 6 April tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI