fbpx

MPK perkenal aplikasi ‘SmartBooking’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fadzli (tiga dari kiri) ketika gimik pelancaran aplikasi 'SmartBooking' bagi kemudahan orang ramai membuat tempahan dewan dan tempat riadah di sekitar daerah di Dewan Hamzah, Klang

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperkenalkan aplikasi ‘SmartBooking’ bagi kemudahan orang ramai membuat tempahan dewan dan tempat riadah di sekitar daerah ini.

Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, inovasi itu dihasilkan menerusi kerjasama Jabatan Khidmat Pengurusan, Unit Pembangunan Sistem, Jabatan Kewangan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bagi mengurangkan kesesakan teruk di kaunter selain mengelak penularan pandemik Covid-19.

“SmartBooking siap dibangunkan pada  Februari lalu sebagai satu saluran pembayaran secara atas talian bagi urusan tempahan seperti majlis perkahwinan, seminar dan sukan.

“Aplikasi melibatkan lebih 20 dewan dan 17 padang di bawah seliaan MPK itu memaparkan tarikh, masa, lokasi dan kadar sewaan sebagai rujukan sekali gus memudahkan tempahan dibuat,” katanya selepas melancarkan aplikasi itu Dewan Hamzah MPK di sini hari ini.

Menurut beliau, menerusi SmartBooking yang bakal diaktifkan pada 6 Ogos depan itu, orang awam tidak perlu hadir ke kaunter MPK untuk membuat tempahan.

Malah, katanya, semua resit bayaran akan dihantar terus secara elektronik dan boleh disemak secara lebih terperinci berbanding kaedah manual sebelum ini.

“Aplikasi itu boleh dimuat naik secara terus daripada ‘Google Play Store’ dan ‘App Store Apple’ . Tempahan dan bayaran juga dibuka selama  24 jam,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadzli berkata, pihaknya merekodkan kutipan berjumlah RM755,085 sepanjang tahun lalu bagi penyewaan dewan dan kemudahan riadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI