fbpx

Md. Rayhan mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam yang mewakili Md. Rayhan, C.R Selva (kanan) dan K. Sumitha Shaanthini ketika ditemui di Jabatan Imigresen hari ini.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Warga Bangladesh Md. Rayhan Kabir ya g membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membanteras penularan Covid-19 memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas tindakannya itu.

Permohonan maaf itu disampaikan menerusi peguamnya, C. R Selva dan K. Sumitha Shaanthinni ketika menemui anak guamnya yang kini ditahan di Jabatan Imigresen di sini.

C.R Selva berkata, anak guamnya itu tidak berniat untuk memburukkan kerajaan Malaysia dan memohon maaf di atas tindakannya.

Beliau berkata, anak guamnya juga berada dalam keadaan baik dan tidak menghadapi sebarang masalah sama ada dari segi makanan mahu pun layanan daripada Jabatan Imigresen.

“Md. Rayhan ingin memohon maaf di atas tindakannya sebelum ini dan dia bersedia untuk pulang ke negaranya bila-bila masa,” katanya kepada Kosmo ketika ditemui di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI