fbpx

Laluan Istana Negeri dikawal ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengawal jalan utama menuju ke Istana Negeri di Kota Kinabalu.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Kawalan keselamatan di Jalan Istana menuju ke Istana Negeri, dekat sini ditingkatkan sebaik sahaja bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengadakan sidang media khas di kediamannya hari ini.

Tinjauan di kawasan berkenaan mendapati semua laluan menuju ke Istana Negeri dikawal ketat oleh sepasukan polis sejak pukul 8 malam tadi.

Kenderaan awam yang cuba melalui jalan terbabit turut diarahkan berpatah balik namun keadaan masih terkawal.

Petugas media juga kelihatan berkumpul di laluan menuju ke Istana Negeri berkenaan.

Pemerhatian di pagar utama Istana Negeri mendapati sehingga kini belum kelihatan kenderaan yang membawa Tan Sri Musa Aman memasuki perkarangan istana.

Terdahulu, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, dalam sidang media khas memaklumkan satu gabungan baharu sudah dibentuk bersama ADUN Sabah daripada pelbagai parti.

Musa berkata, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Nardin Awang, sudah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baharu yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

“TYT meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.

“Saya sudah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang saya ketuai nanti,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI