fbpx

Kastam P. Pinang rampas 31 juta rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHARI (tengah) menunjukkan sebahagian kotak rokok yang dirampas pada sidang akhbar di Perai, Seberang Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok tidak berkastam dan merampas lebih 31 juta batang rokok di dalam tiga kontena di Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor pada Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, dalam operasi kira-kira pukul 10 pagi itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 40-an yang merupakan wakil syarikat perkapalan bagi membantu siasatan.

“Dalam serbuan di Pelabuhan Utara, kita menahan satu kontena yang terdapat lebih 10.3 juta batang rokok bernilai RM828,800 dengan duti cukai kira-kira RM6.9 juta.

“Serbuan di Pelabuhan Barat pula, kira-kira 20.7 juta batang rokok di dalam dua kontena dirampas membabitkan nilai RM1.65 juta dengan duti cukai kira-kira RM13.8 juta,” katanya pada sidang akhbar di Perai di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI