fbpx

Jualan makanan laut segar murah RM5 di Kepala Batas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahari (kiri) melayan pelanggan di Pasar Nelayan Sungai Tembus, Kepala Batas, Seberang Perai hari ini.

Oleh ABD. RAZAK OSMAN

SEBERANG PERAI – Orang ramai yang berhasrat membeli makanan laut segar dengan harga lebih murah berbanding tempat lain boleh berkunjung ke Pasar Nelayan Sungai Tembus, Penaga, Kepala Batas di sini kerana menawarkan harga lebih murah.

Ini kerana hasil laut seperti ikan, sotong, udang dan ketam dijual pada harga kira-kira RM5 lebih murah bagi setiap kilogram berbanding di tempat lain.

Seorang nelayan, Zahari Othman, 46, dari Taman Penaga berkata, dia akan turun ke laut kira-kira pukul 6.45 pagi pada setiap hari bagi memastikan jualan hasil laut yang segar.

“Hari ini saya jual udang dengan harga RM55 bagi satu kilogram. Jika di tempat lain, udang kasar seperti ini boleh mencecah harga lebih RM60 satu kilogram.

“Di pasar ini, para nelayan boleh menjual hasil tangkapan masing-masing secara bergilir-gilir. Semua jenis ikan yang dijual pasti lebih murah RM5 sekilogram berbanding di tempat,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk dari Lahar Kepar, Kepala Batas, Tan Lan Soon, 53, berkata, dia sering pergi ke pasar itu untuk membeli udang segar hasil daripada tangkapan oleh kira-kira 50 orang nelayan.

Berkongsi tip, Lan Soon berkata, jika mahu membeli makanan laut segar pada harga lebih murah, orang ramai perlu pergi ke pasar itu sekitar pukul 10.30 pagi hingga 1 petang pada setiap hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI