fbpx

JAS Perak keluar 188 kompaun dalam Ops Gempur 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul bersama pegawai dan kakitangan yang terbabit dalam Ops Gempur 2.0 yang berlangsung bermula 27 hingga 29 Julai 2020.

Oleh SHAARANI ISMAIL

IPOH – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mengeluarkan sejumlah 188 kompaun berjumlah RM376,000 sepanjang tiga hari berlangsung Ops Gempur 2.0 yang bermula Isnin dan berakhir hari ini.

Pengarahnya, Rosli Zul berkata, sepanjang tiga hari operasi berlangsung juga, JAS Perak berjaya menjalankan siasatan dan penguatkuasaan terhadap 46 premis di seluruh negeri.

Katanya, jumlah itu adalah melebihi daripada sasaran ditetapkan sebelum ini iaitu 38 premis di mana JAS turut melakukan pemeriksaan di premis yang tidak diletakkan dalam senarai awal.

“Jumlah kompaun yang dikeluarkan juga adalah lebih tinggi berbanding Ops Gempur 1.0 yang dilaksanakan JAS Perak sebelum bermula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada 18 Mac lalu.

“Pada ops pertama yang dilaksanakan Mac lalu, sebanyak 108 kompaun dikeluarkan dan jumlah itu meningkat kepada 188 pada Ops Gempur kali ini,” katanya kepada pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rosli berkata selain kompaun, JAS turut mengeluarkan 47 arahan di lapangan, notis arahan (51), membuka dua kertas siasatan dan menggantung satu lesen terhadap premis yang diperiksa.

Katanya, bagi premis yang digantung lesen, ia membabitkan penggantungan lesen pengangkutan terhadap premis berkenaan kerana ia membabitkan industri pelupusan sisa bahan buangan terjadual.

Beliau berkata, daripada 46 premis yang diperiksa hanya 14 premis atau 40 peratus patuh kepada peraturan ditetapkan JAS manakala selebihnya iaitu 32 premis atau 60 peratus lagi gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

“Diharapkan dengan pelaksanaan Ops Gempur dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, ia memberi mesej kepada semua pihak bahawa JAS Perak serius dan komited dalam mengambil tindakan terhadap pesalah alam sekitar.

“Mana-mana pihak yang didapati melanggar kehendak perundangan alam sekitar dari operasi yang dilaksanakan ini akan terus dipantau dengan lebih dekat oleh JAS,” katanya.

Katanya, seramai 27 pegawai membabitkan 10 pasukan termasuk dari pejabat cawangan JAS di Teluk Intan dan Taiping terbabit dalam operasi berkenaan yang dilaksanakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan yang ada di bawahnnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI