BERRGELAR penyanyi popular bahkan sering menjadi pilihan pelbagai jenama sebagai duta produk, pendapatan Irene tentunya bukannya calang-calang.
Bukan itu sahaja, Irene juga terkenal dengan sikapnya yang gemar belanja staf produksi atau sesiapa sahaja yang bekerjasama dengannya.
Terbaharu anggota Red Velvet itu dilaporkan telah menghadiahkan fon telinga tanpa wayar jenama iPhone, AirPods Pro kepada penari-penari latar yang terlibat dalam projek single solo bersama Seulgi.
Di Korea Selatan, produk tersebut dijual pada harga 329,000 won bersama RM1,170 seunit. Irene membeli sebanyak lapan unit dan menghabiskan sebanyak RM9,354 untuk semua hadiah berkenaan.
Kemurahan hati Irene mendapat respons positif daripada peminat yang memuji tindakannya menghargai orang di sekelilingnya.
Sebelum ini, dia pernah menghadiahkan beberapa barangan mewah kepada penari latarnya seperti baju tidur dan vitamin supaya mereka kekal bertenaga.
Disebabkan sikapnya yang pemurah, Irene digelar sebagai ‘wanita terbaik zaman ini’ oleh rakan-rakan sekumpulannya.