fbpx

Harap jodoh dipercepatkan – Azira Shafinaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azira Shafinaz

KUALA LUMPUR – Penyanyi Azira Shafinaz berharap agar impiannya untuk mendirikan rumah tangga terjadi dalam masa terdekat memandangkan hubungannya bersama kekasih sudah berlanjutan selama lapan tahun.

Azira bagaimanapun mengakui belum ada tarikh luput untuk membawa hubungannya dengan Yasser Khan, seorang ahli perniagaan ke jenjang pelamin.

“Saya pun tidak tahu mahu cakap macam mana. Dahulu, saya selalu cakap akan jawab kahwin tahun depan sekiranya orang tanya. Tetapi tiada apa yang berlaku.

“Namun saya berharap agar perancangan itu terjadi dalam masa terdekat. Calonnya sudah ada iaitu orang yang sama selama lapan tahun. Mungkin betul. saya akan kahwin tahun depan. Insya-Allah. Doakan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran stesen televisyen swasta terbaharu, Awesome TV semalam.

Sudah lapan tahun menjalin cinta dengan Yassir, Azira berharap jodoh mereka dipercepatkan. Foto oleh FARIZ RUSADIO

 

Jelas anggota kumpulan De Fam itu, dia sebenarnya tidak pernah mendesak atau mempertikai mengapa kekasihnya belum memulakan langkah untuk mendirikan rumah tangga.

Sebaliknya Azira, 28, sentiasa percaya bahawa jodoh ialah aturan yang sudah ditetapkan Tuhan.

“Kalau betul ada, nanti sampailah jodoh saya. Saya pernah menanyakan kekasih soal ini (kahwin) tetapi tidaklah dalam keadaan mendesak.

“Keluarga pun ada yang bertanya tetapi sekadar soalan normal. Cuma bagi pihak kami, belum ada apa-apa yang terjadi termasuklah merisik.

“Sebab kami sama-sama menghormati karier masing-masing. Dia pun faham masih banyak lagi perkara yang saya mahu capai. Tunggu sahajalah waktunya nanti. Kalau sampai masa, saya akan beritahu,” jelasnya.

-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI