fbpx

ATM tahan 42 PATI Indonesia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
42 PATI Indonesia ditahan ketika ingin kelaur dan masuk di perairan Punggai, Bandar Penawar, Johor pagi tadi.

KUALA LUMPUR- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menahan 42 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia semasa Ops Benteng di Bandar Penawar, Johor pagi tadi. 

Pasukan 1 Rejimen Renjer Diraja (RRD)  daripada Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia  mula digerakkan pada pukul 5.30 pagi dan berjaya mengesan sebuah bot yang mendarat  di sekitar perairan Punggai dan dipercayai sedang menurunkan PATI untuk masuk ke negara ini.

Markas Divisyen Ketiga dalam satu kenyataan berkata, tangkapan tersebut adalah hasil daripada maklumat perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Tinggi, Johor.

“Ketua Kompeni, Mejar Mohd Hafizullah Mohd Rashidi  bertindak menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) ke Kampung Gambut, Punggai dan telah berjaya menangkap kesemua PATI iaitu seramai 30 PATI yang dipercayai baru masuk ke Malaysia dan empat PATI yang dipercayai ingin keluar dari Malaysia.

“Bagi tangkapan kedua, setelah pencarian dan penggeledahan dilaksanakan di sekitar Punggai telah menemui dan menangkap 8 orang PATI yang ingin keluar dari negara ini sekitar pukul 8.20 pagi,” katanya dalam satu kenyataan tengah hari tadi. 

Kesemua PATI berusia antara 23 hingga 40 tahun melibatkan 32 lelaki dan 9 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 36,000 melibatkan 33 buah telefon pintar dan wang tunai 11 Juta Rupiah (RM3,202). -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI