fbpx

Tiga wanita bersaudara diberkas samun penjual aiskrim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA suspek yang berjaya dirakam oleh orang awam.

KLANG – Tiga bersaudara termasuk seorang remaja ditahan dalam tempoh dua jam selepas menyamun seorang penjual aiskrim di Jalan Abadi 3, Taman Daya di sini kelmarin.

Ketiga-tiga suspek wanita berusia 16 hingga 48 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa merupakan warga yang menjual aiskrim menggunakan motosikal telah didatangi tiga suspek yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss di Jalan Teratai Meru pukul 7.01 petang.

Katanya, salah suspek telah meminta wang dari mangsa secara paksa namun gagal sebelum wanita itu menggugut akan memanggil anak lelakinya untuk memukul penjual aiskrim tersebut.

“Mangsa dikatakan terus mengendahkan ugutan tersebut sebelum anak suspek bersama rakannya tiba di lokasi kejadian dan terus memukul mangsa menggunakan getah paip.

“Suspek wanita juga didapati cuba mencucuk badan mangsa menggunakan pembuka plug,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cuba mempertahankan diri itu kemudiannya melarikan diri dengan meninggalkan motosikal di tepi jalan.

Ujar beliau, selepas beberapa ketika mangsa yang kembali ke lokasi kejadian mendapati kehilangan wang tunai RM250 yang diletakkan di dalam tong aiskrim dirosakkan kumpulan suspek tersebut sebelum membuat laporan polis.

“Polis kemudiannya berjaya menahan ketiga-tiga suspek wanita selain merampas serangkai kunci, batang besi dan motosikal digunakan mereka.

“Kita sedang mengesan dua lagi suspek yang terlibat dalam kes tersebut iaitu dikenali Ali dan Singapore,” katanya.

Jelas Nurulhuda, kesemua suspek kini direman lima hari sehingga 30 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 dan 427 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI