fbpx

Polis rampas 120 bungkus air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR ketum yang dirampas di Pantai Bersih, Butterworth, Seberang Perai semalam

SEBERANG PERAI – Polis merampas sebanyak 120 bungkus air ketum dalam serbuan di sebuah bangsal di Pantai Bersih, Butterworth di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 6 petang itu, seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki peniaga air ketum turut ditahan di hadapan bangsal tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya merampas 120 bungkus plastik cecair disyaki air ketum yang berjumlah kira-kira 30 liter.

“Siasatan mendapati air ketum tersebut bernilai kira-kira RM600 itu adalah untuk dijual di kawasan Pantai Bersih.

“Ujian urin ke atas suspek mendapati dia negatif dadah dan direman selama enam hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI