KUALA LUMPUR – Orang ramai termasuk pihak media yang beratur sejak pukul 6 pagi mula berasa lega apabila mereka mula dibenarkan masuk pada pukul 8.45 pagi.
Bagaimanapun mana-mana individu yang masuk mesti menunjukkan surat atau pas kebenaran termasuk kesemua perlu mematuhi standard operasi prosedur (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.
Bagi pihak media hanya 10 wartawan tempatan dan antarabangsa yang dibenarkan masuk bagi mengikuti prosiding.
Sementara itu, 40 wartawan lagi ditempatkan di bilik video link di Aras B1 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Bilik video link itu adalah Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen dan Majistret (Sivil) yang diubah suai dan dipasang dua set televisyen yang akan memaparkan siaran langsung prosiding.
Pas kuning adalah untuk pemberita yang dibenarkan memasuki mahkamah (open court), biru untuk videolink manakala pas putih adalah untuk wartawan yang berada di lobi mahkamah.
Turut hadir, ke mahkamah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi namun penyokong-penyokong tidak dibenarkan masuk. – K! ONLINE