KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 9.30 Pagi.
Kehadiran beliau disambut dengan sorakan semangat penyokong setianya yang turut memakai baju berwarna biru dan merah tertera bertulis ‘Bossku’
Najib yang tiba dengan memakai pakaian kot berwarna coklat sempat bersorak bersama penyokong setia beliau. Namun isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak hadir.
Turut hadir bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menaiki kereta jenis Velfire berwarna putih pada pukul 9.15 pagi. – K! ONLINE