fbpx

Lelaki panjat pagar mahkamah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan ketika cuba menceroboh pagar pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang tadi. Foto MOHAMAD IQBAL ROSLI.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan pasukan polis selepas memanjat pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini petang tadi.

Kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 6.15 petang apabila lelaki terbabit secara senyap memanjat pagar berketinggian empat meter itu sebelum disedari pengawal keselamatan yang bertugas di pekarangan mahkamah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy Chinniah mengesahkan tangkapan terhadap mangsa berbangsa cina dibuat pada pukul 6.30 petang untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI