fbpx

Lailin persiap pasukan Projek Khas Sukan Asia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAILIN (kanan) percaya hanya melalui pendedahan di peringkat antarabangsa sahaja mampu untuk menjadikan skuadnya lebih mantap dan bersedia.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad hoki wanita remaja negara, Lailin Abu Hassan memerlukan sokongan daripada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menjayakan misi Projek Khas Sukan Asia 2026.

Lailin yang pernah beraksi pada Sukan Olimpik 1992 dan 1996 itu percaya, hanya pendedahan di peringkat antarabangsa mampu mematangkan prestasi barisan pemainnya dalam misi meraih pingat pada Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun

“Walaupun sukar tetapi kami akan mencuba yang terbaik untuk membina semula pasukan ini. Matlamatnya adalah jangka masa panjang untuk tempoh enam tahun.

“Kalau dapat bermain permainan berkualiti menentang banyak pasukan di ranking lebih tinggi dan kemudian memperbanyakkan program pendedahan kepada pemain-pemain muda, saya percaya mereka akan lebih cepat belajar,” katanya.

Tugas pertama buat Lailin, 50, adalah memastikan 25 pemain remaja bimbingannya bersedia sebaiknya menghadapi saingan Piala Remaja Wanita Asia untuk merebut tiket layak ke Piala Dunia Hoki Remaja Wanita 2021 hujung tahun depan.

Bagaimanapun, Persekutuan Hoki Asia masih belum menetapkan tarikh baharu Piala Remaja Wanita Asia selepas penganjuran yang sepatutnya berlangsung di Jepun pada April lalu terpaksa ditunda ekoran penularan wabak pandemik Covid-19.

Justeru, Lailin serta barisan kejurulatihannya perlu memanfaatkan masa yang ada untuk memperbaiki segala kelemahan para pemainnya supaya cepat menyesuaikan diri dengan taktikal permainan pasukan sebelum kejohanan bermula. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI