fbpx

Kastam Perlis tumpas penyeludupan rokok RM7.22 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Nor (tiga dari kanan) menunjukkan gambar daun ketum yang dirampas bersama rampasan rokok seludup di ibu pejabatnya di JKDM Perlis, Kangar hari ini.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menumpaskan cubaan menyeludup 8.3 juta batang rokok bernilai RM7.22 juta menggunakan lori kontena berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 21 Julai lalu.

Pengarah Kastam Negeri, Wan Nor Wan Mamat berkata, hasil pemeriksaan kira-kira pukul 10.30 malam itu, pihaknya menemui sejumlah rokok di dalam kenderaan berat dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an.

“Rokok disembunyikan di belakang kira-kira 300 kotak mengandungi pelembut kain bagi mengelirukan pihak berkuasa, bagaimanapun kita berjaya mengesan kegiatan itu,” katanya pada sidang akhbar di JKDM Perlis di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan mendapati sindiket membuat pengikraran tidak benar dengan menyatakan kontena berkenaan hanya membawa pelembut pakaian dari Thailand dan dalam perjalanan menghala ke selatan.

“Jika terlepas di pasaran, rokok seludup ini dijual serendah RM3 sekotak,” ujarnya.

Kata beliau, pemandu lori kontena itu direman selama 14 hari bermula 22 Julai lalu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 133(1)(a) dan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 1976.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Wan Nor memberitahu, pihaknya merampas 54 bungkusan berisi 618 kilogram (kg) daun ketum dalam rondaan Op Benteng pada 23 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI