fbpx

Lagi si gelang merah dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR seorang lelaki yang memakai gelang kuarantin duduk di lobi sebuah kondominium di Mont Kiara tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang juga orang di bawah pengawasan (PUS) dikompaun susulan duduk di lobi kediamannya di sebuah kondominium di Mont Kiara pada Khamis lalu.

Bertindak atas aduan sepasukan polis dari Balai Polis Sri Hartamas melakukan pemeriksaan di kondominium berkenaan pada pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, hasil siasatan lelaki yang memakai gelang berwarna merah jambu itu memberi alasan turun ke lobi untuk mengambil surat di peti surat rumahnya.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki terbabit baru pulang dari Singapura dan diperintahkan menjalani proses kuarantin di rumah selama 14 hari sehingga 25 Julai.

“Kita telah mengeluarkan kompaun terhadapnya mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta disiasat di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam
Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Semalam, satu klip video berdurasi 10 saat tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki duduk di lobi sebuah kondominium di Mont Kiara.

Bagaimanapun, Zairulnizam menafikan kejadian itu berlaku semalam sebaliknya video dipercayai dirakam individu yang tidak kenal pasti ketika pihak polis melakukan pemeriksaan pada Khamis lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI