fbpx

Wanita hasilkan kek realistik, terima tempahan sehingga 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dolnyk turut menghasilkan kek watak raksasa Jepun, Godzilla. - Instagram/dolnyk.art.cake

LONDON – Seorang pembuat roti yang dikatakan belajar membuat kek secara sendiri membuatkan orang ramai kagum melihat hasil ciptaannya yang begitu realistik dan teliti di laman perkongsian gambar Instagram.

Menurut akhbar The Sun, wanita warga Ukraine dikenali itu sebagai Kristina Dolnyk dan berumur 32 tahun. Dia mengambil masa sehingga tiga hari untuk menyiap sebiji kek berserta hiasan terperinci.

Dolnyk memuat naik gambar kek rekaannya di akaun media sosial, Instagram dolnyk.art.cake yang kini mempunyai lebih 17,600 pengikut. Dia juga menawarkan kelas membuat kek secara online berserta sari kata bahasa Inggeris.

Antara kek yang menjadi tarikan utama termasuk figura raksasa popular, Godzilla, watak filem badut menakutkan IT, kapal lanun, landskap pulau dan papan kekunci komputer.

 

KEK menampilkan wajah badut menggerunkan daripada filem blokbuster IT. – Instagram/dolnyk.art.cake

 

 

KEK berbentuk sebuah pulau dikelilingi laut.

 

 

ANTARA kek yang dihasilkan oleh Dolnyk.

 

 

KEK dompet jenama mewah bersama wang tunai ini kelihatan begitu realistik

 

“Perkara paling penting untuk saya adalah menghasilkan kek yang nampak realistik, cantik dan melazatkan,” katanya.

Hasil ciptaan luar biasa oleh Dolnyk itu menyebabkan dia menerima banyak tempahan kek, malah, sehingga awal tahun 2022. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI