fbpx

United, Chelsea layak ke Liga Juara-Juara musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pemain United meraikan jaringan oleh Bruno Fernandes pada minit ke-71 di Stadium King Power.

LONDON – Manchester United dan Chelsea berjaya mengesahkan tempat untuk saingan ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan selepas masing-masing meraih kemenangan pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pada aksi yang berlangsung serentak tadi, United hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke UCL, namun anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer berjaya membenam Leicester City 2-0 di Stadium King Power.

Leicester bimbingan Brendan Rodgers yang turut mengintai slot ke UCL terpaksa akur dengan jaringan oleh Bruno Fernandes pada minit ke-71 sebelum Jesse Lingard memusnahkan impian The Foxes dengan gol kedua pada masa kecederaan.

Para pemain Chelsea meraikan jaringan Mount pada minit ke-45 pada aksi terakhir EPL di Stamford Bridge.

 

Sementara itu, Chelsea yang dibimbing oleh Frank Lampard tidak berdepan masalah menewaskan Wolves 2-0 menerusi jaringan Mason Mount pada minit ke-45+1 dan Olivier Giroud (45+4) di Stamford Bridge.

Chelsea berjaya menamatkan saingan EPL musim ini dengan 66 mata iaitu berkongsi mata bersama United, namun skuad The Red Devils berada di tempat ketiga ekoran perbezaan jumlah jaringan.

Dalam pada itu, Bournemouth yang berjaya menewaskan Everton 3-1 belum cukup untuk menyelamatkan The Cherries apabila tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan England musim depan bersama Watford dan Norwich.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI