fbpx

Polis sita 39 motosikal ubah suai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 39 motosikal diubah suai yang disita dalam Ops Motosikal di Pantai Kelanang, Kuala Langat.

ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA LANGAT – Tindakan 39 individu mengubah suai motosikal sehingga mengganggu ketenteraman awam memakan diri apabila disita dalam operasi  khas di Pantai Kelanang di sini, semalam.

Semua motosikal itu disita menerusi Ops Motosikal dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat bermula kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, operasi itu hasil aduan orang ramak berhubung aktiviti lumba haram dan kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 108 individu dan 105 kenderaan termasuk 73 motosikal.

“Kami bertindak menyita 39 motosikal pelbagai jenis antaranya jenis Yamaha Y15, RXZ dan Lagenda yang didapati diubah suai terutama nombor plat pendaftaran serta ekzos.

“Siasatan mendapati ada yang mengubah suai nombor plat bertujuan mengelak daripada dikesan polis dalam ‘Ops Speed Trap’ dan ‘Snap Check’,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azizan, tindakan penyitaan itu dilakukan pihaknya mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam operasi berakhir pukul 11 malam itu, sebanyak 188 saman atas pelbagai kesalahan trafik turut dikeluarkan.

“Kesalahan nombor plat paling banyak direkodkan iaitu 48 kes diikuti cermin sisi (39), lesen memandu (36), ekzos (27) dan topi keledar (19). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI