fbpx

Penduduk Malaysia gemar berbelanja di restoran, kafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Kekangan masa bekerja pasangan suami isteri menyebabkan mereka lebih suka makan di kafe dan restoran. -Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Penduduk di negara ini menghabiskan 13.9 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan bulanan mereka di restoran dan hotel.

Menurut laporan Perbelanjaan Isi Rumah 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah tersebut merupakan kumpulan ketiga tertinggi di belakang perbelanjaan untuk perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang mewakili 23.6 peratus selain makanan dan minuman bukan alkohol (17.3 peratus).

“Mengambil kira jumlah purata perbelanjaan bulanan isi rumah sebanyak RM4,534, sebuah isi rumah secara puratanya menghabiskan RM604 sebulan di restoran dan kafe manakala perkhidmatan penginapan di hotel menelan belanja RM28.

Ini jauh lebih tinggi berbanding perbelanjaan bulanan untuk pendidikan (RM70) dan kesihatan (RM95),.

 

Jawahar Ali

 

Mengulas lanjut mengenai fenomena tersebut, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, antara sebab restoran popular ialah lebih ramai pasangan suami isteri bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

Pandangan itu ada benarnya memandangkan laporan Kaji selidik Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 menyebut daripada lapan juta isi rumah di negara ini, 53.7 peratus memiliki lebih daripada seorang penerima pendapatan.

“Apabila suami dan isteri bekerja, pastinya tidak ada kesempatan untuk memasak, jadi membeli di restoran merupakan pilihan paling mudah.

Selain itu, mungkin harga yang berpatutan di kebanyakan restoran di negara ini turut menjadi faktor kenapa ia terus popular, selain langkah pro aktif yang diambil pengusaha termasuk menyediakan kemudahan internet tanpa wayar dan menyediakan persekitaran mesra keluarga,” katanya.

 

Sate menjadi menu popular yang mudah di dapati di kafe dan restoran termasuk di hotel. -Gambar hiasan

 

Dalam pada itu, Jawahar menjelaskan, keadaan sama mungkin tidak berterusan kerana semakin banyak keluarga yang memilih untuk berjimat pasca Covid-19 ini.

“Zaman sekarang ramai yang berbelanja secara lebih berhemah dan cuba mengoptimumkan perbelanjaan dalam suasana ekonomi yang meleset.

“Saya menerima banyak laporan daripada ahli yang mengatakan perniagaan mereka terjejas, kami secara amnya akan cuba untuk terus mengekalkan harga rendah buat pelanggan untuk terus menyokong mereka pada masa sukar ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI