fbpx

Marquez boleh tidur lena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ (kiri) sempat turun pada sesi kelayakan sebelum membuat keputusan menarik diri pada perlumbaan malam tadi ekoran kecederaannya yang masih belum pulih. – AFP

JEREZ, Sepanyol – Juara dunia, Marc Marquez tidak kesal dengan tindakannya turun ber­aksi pada sesi kelayakan sai­ngan Grand Prix (GP) Andalusia di Jerez, Sepanyol meskipun terpaksa menahan sakit.

Pelumba Repsol Honda tersebut mengakui dia hanya melakukannya sebab minat mendalam pada sukan permotoran itu dan hanya mahu melihat tahap kemampuannya sebelum memba­talkan niat untuk beraksi pada perlumbaan sebenar malam tadi.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu mengalami kecederaan patah lengan kanan setelah ­terjatuh pada aksi pembuka tirai GP ­Sepanyol di Litar Jerez pada ­minggu lalu.

Enam hari setelah terlibat dalam insiden di Grand Prix Sepanyol, Marquez kembali ke Jerez selepas disahkan cergas untuk turun beraksi pada sesi ­kelayakan apabila mendapat lampu hijau daripada pasukan.

“Saya faham sukar untuk me­nunggang jentera dalam keadaan sedemikian tetapi secara jujur ​​setelah menjalani pembedahan saya lihat ada peluang kecil untuk mencuba dan dapat menyelesaikan 25 pusingan dalam sesi tersebut.

“Sebagai seorang ahli sukan dan mempunyai minat mendalam sudah pasti saya akan men­cuba. Hari ini saya akan tidur lena ­kerana telah melakukannya.

“Saya terkejut kerana mampu menunggang dan menguji jentera ini. Pada sebelah petang saya mencuba lagi dan merasai ke­sakitan pada bahagian siku terutama pada saraf. Sebab itu saya terpaksa berhenti kerana kehila­ngan tenaga di situ,” kata ­Marquez.

Pelumba Perancis, Fabio Quartararo sekali lagi tampil cemerlang apabila menempah petak pertama selepas merekodkan masa ­terpantas 1 minit 37.007 saat (s) dan hanya dibezakan 0.095s de­ngan ­pelumba Yamaha, Maverick Vinales di tempat ke­dua, manakala Francesco Bagnaia (Pramac Ra­cing) di kedudukan ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI