Oleh KHAIRUL MOHD ALI
JOHOR BAHRU – Dua warga Bangladesh diberkas selepas disyaki cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis dengan RM10,000 memakan diri apabila mereka ditahan di Balai Polis Danga Bay, di sini malam, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, kedua-dua suspek menyogok sejumlah wang itu bagi membebaskan sembilan warga asing yang ditahan menerusi Ops Benteng, pada hari sama.
“Menerusi operasi itu, polis menjalankan serbuan ke atas sebuah kondominium di bandar raya ini pada pukul 6.30 petang sebelum menahan sembilan warga asing, terdiri daripada lapan lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar.
“Semasa dokumentasi dijalankan, dua warga Bangladesh berusia 35 dan 43 yang mengaku sebagai rakan suspek datang dan menghulurkan wang berjumlah RM10,000 sebagai imbuhan untuk melepaskan kesemua suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. -K! ONLINE.