fbpx

Disiplin diri kunci kekang Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna tren mematuhi penjarakan sosial ketika menggunakan perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Sentral Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR, WARTAWAN EKSEKUTIF

 

BIARPUN Malaysia menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai antara negara paling berjaya dalam mengawal penularan pandemik Covid-19, hakikatnya, kita masih belum bebas daripada virus tersebut.

Dengan jumlah kes tertinggi sebanyak 23 kes sejak 16 Jun lalu, ia bagai sudah memberi bayangan bahawa negara bakal berhadapan dengan gelombang kedua wabak tersebut.

Lebih membimbangkang apabila Kuching, Sarawak diisytiharkan sebagai zon merah akibat peningkatan kes.

Kakitangan Hospital Sentosa di daerah itu pula diarahkan menjalani kuarantin di hospital berkenaan yang kini ditutup, dengan 677 individu telah disaring setakat Sabtu lalu.

Tular juga baru-baru ini tindakan individu yang seharusnya menjalani kuarantin wajib di rumah mengunjungi restoran tanpa menghiraukan arahan tersebut.

Akibat daripada itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan bahawa kerajaan kini mewajibkan semula semua yang pulang dari luar negara untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin ditetapkan.

Bahkan, mereka perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin dan saringan yang dilalui.

Selain itu, kerajaan juga memberi masa selama dua hari bermula kelmarin hingga semalam kepada 2,897 individu dikuarantin wajib di rumah yang masih gagal menjalani ujian saringan Covid-19 kali kedua.

Sekiranya gagal berbuat demikian, katanya, mereka akan ditahan, direman sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Terbaharu, Ismail Sabri memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Salam Senawang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, semua orang perlu menganggap setiap daripada mereka yang berada di khalayak ramai membawa virus Covid-19.

Dengan penerapan mentaliti itu dalam diri masing-masing katanya, barulah penjarakan sosial dapat diamalkan secara menyeluruh.

“Jika di rumah, jangan berasa selamat kerana kita tidak tahu sekiranya ahli keluarga mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19. Mereka mungkin bersiarsiar, bekerja dan sebagainya.

“Jadi tidak mustahil sekiranya mereka bertemu dengan pembawa virus berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! barubaru ini.

Bagi Pensyarah Psikologi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Intan Hashimah Mohd. Hashim pula, orang ramai tidak mematuhi SOP kerana beberapa faktor.

Antaranya, menurut beliau, mereka menganggap Covid-19 perkara biasa, berasakan virus itu berisiko rendah kepada diri sendiri dan keluarga, kekurangan maklumat tentang risiko jangkitan serta mempunyai keperluan mendesak dan terpaksa mengambil risiko.

“Sebelum keluar rumah, pertimbangkan sama ada adakah ia perlu dilakukan, apakah risiko yang dihadapi serta sekiranya mendapat jangkitan, mampukah mereka menanganinya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan turut mengingatkan orang ramai untuk bersedia untuk berhadapan dengan situasi terburuk.

“Jangan leka, lakukan penjarakan sosial dan pakailah pelitup muka.

“Basuh tangan dengan kerap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI