fbpx

Covid-19: Tujuh kes positif dicatat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak tujuh kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini membabitkan tiga kes penularan tempatan dan empat kes import menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,904 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ketiga-tiga kes tempatan melibatkan warganegara di Sabah.

Beliau berkata, kes import pula melibatkan tiga warganegara dan seorang bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja dan pasangan kepada rakyat Malaysia.

“Kes import ini dari Australia, Rusia, Pakistan dan Indonesia masing-masing dengan satu kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI