fbpx

Tedung selar masuk dapur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Kota Tinggi mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular tedung selar di atas dinding dapur di Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi semalam. Foto IHSAN APM

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Hajat seorang wanita di Kampung Sungai Telor di sini yang mahu menjamah bubur terbantut apabila dikejutkan dengan kehadiran ular tedung selar di dapur rumahnya, malam semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Tinggi, Mohd. Sarul Nizam Khirudin berkata, wanita berusia lingkungan 50-an itu menemui reptilia berkenaan di atas dinding dapurnya kira-kira pukul 11.53 malam.

“Kehadiran ular itu disedari wanita berkenaan ketika hendak ke dapur untuk mengambil bubur. Mangsa ketakutan sebelum meminta anaknya membuat panggilan kecemasan.

“Seramai tiga anggota dihantar ke lokasi selepas menerima laporan berkenaan penemuan ular itu. Anggota melakukan proses penangkapan dengan segera dan berhati-hati berikutan reptilia berkenaan sangat agresif,”katanya kepada Kosmo! hari ini.

Mohd. Sarul berkata, reptilia dianggarkan sepanjang 10 kaki dengan berat anggaran lima kilogram itu kemudian berjaya ditangkap selepas setengah jam.

Katanya, haiwan tersebut disimpan untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Perhilitan Kota Tinggi.

Jelasnya, pemantauan di sekitar kawasan rumah turut dilakukan bagi memastikan kawasan selamat sebelum anggota bergerak pulang ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kota Tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI