KUALA LUMPUR – Pasangan YouTuber masakan, M. Sugu dan isterinya, S. Pavithra memadamkan semua video yang dimuat naik di saluran YouTube mereka yang telah mempuyai lebih 700,000 subcriber.
Saluran berkenaan kini kosong tanpa sebarang perkongsian video yang kebanyakkan mempunyai lebih 200,000 penonton bagi setiap satu video masakan pasangan itu.
Minggu ini hangat diperkatakan kes mengenai pasangan YouTuber masakan popular ini apabila suaminya, didakwa mencederakan S. Pavithra yang ternyata mengejutkan rakyat Malaysia.
Namun, setelah suaminya itu didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan, Pavithra tampil memaafkan suaminya itu dan menganggap kes berkenaan sebagai masalah kekeluargaan sahaja.
Di luar mahkamah kelmarin, pasangan itu menyatakan ingin menjalani kehidupan seperti biasa tanpa mendapat perhatian ramai termasuk enggan menerima sebarang anugerah pada masa depan. – K! ONLINE