fbpx

Sugu henti buat video, tumpu keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sugu dan isterinya, S. Pavithra.

IPOH – Pasangan YouTuber masakan, Sugu Pavithra membuat keputusan drastik apabila enggan lagi terlibat dalam sebarang pembikinan video dalam saluran YouTube mereka.

M. Sugu, 29, berkata, ekoran keputusan itu, mereka telah memadamkan semua video dalam saluran YouTube mereka semalam.

Menurutnya, dia membuat keputusan itu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarganya.

“Kami tidak akan membuat apa-apa video lagi dan kami tidak mahu lagi ada sebarang kaitan dengan saluran YouTube.

“Banyak lagi YouTuber masakan  lain yang bagus dan kami tidak mahu lagi menjadi perhatian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, semua video dalam saluran YouTube pasangan suami isteri itu didapati telah dipadamkan.

Sebelum ini, terdapat 98 video masakan serta aktiviti di saluran YouTube pasangan suami isteri itu.

Saluran YouTube Sugu Pavithra diikuti lebih 785,000 pelayar.

Kali terakhir pasangan itu memuat naik video mereka ialah minggu lalu semasa bercuti bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Keputusan pasangan itu tidak lagi mahu menghasilkan video dipercayai ada kaitan dengan perselisihan faham di antara mereka sehingga menyebabkan Sugu didakwa di  Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas dua tuduhan.

Namun sebelum ini, S. Pavithra berkata, dia sudah memaafkan suaminya dan mahu terus bersama-sama menghasilkan program masakan di YouTube. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI