fbpx

PSG bakal hilang khidmat Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE mengalami kecederaan ketika PSG menewaskan St. Etienne pada aksi final Piala Perancis awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) terpaksa membayar harga mahal terhadap kejayaan mereka menjuarai Piala Perancis apabila berkemungkinan besar bakal kehilangan khidmat Kylian Mbappe untuk aksi Liga Juara-Juara selepas ini.

Mbappe, 22, mengalami kecederaan serius dan terpaksa dikeluarkan dalam babak pertama aksi final di Stade de France awal pagi semalam yang menyaksikan PSG menang 1-0 ke atas St. Etienne hasil gol tunggal Neymar.

Ia gara-gara terjahan keras Loic Perrin menyebabkan kap­ten St. Etienne itu dilayangkan kad merah pada minit ke-26 selepas pengadil melihat semula insiden tersebut daripada rakaman Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Buku lali saya mungkin retak,” kata Mbappe kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron sewaktu upacara pe­nyampaian trofi kepada PSG selepas tamat perlawanan awal pagi semalam.

Ketua jurulatih PSG, Thomas Tuchel menegaskan, pihaknya masih lagi menunggu laporan pemeriksaan mengenai status sebenar kecederaan Mbappe yang mungkin perlu menjalani pembedahan sekiranya ia serius.

“Semua orang risau melihat insiden itu kerana Mbappe terbaring menahan kesakitan. Apa-apa pun kita tunggu dahulu laporan daripada pasukan perubatan,” jelasnya.

Difahamkan, Mbappe akan menjalani ujian imbasan pada buku lali kaki kanannya yang dipercayai koyak ligamen dan boleh mengakibatkan pemenang Anugerah Budak Emas 2017 itu terlepas baki saingan musim ini bersama PSG. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI