fbpx

Milan mahu Zlatan kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZLATAN memberikan impak yang cemerlang buat Milan apabila pasukan itu semakin hampir untuk mengesahkan slot ke saingan Liga Europa musim depan. – AFP

MILAN – Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli memuji impak ditunjukkan Zlatan Ibrahimovic sepanjang musim ini dan mahu penyerang veteran itu terus kekal di San Siro.

Kehadiran Zlatan, 39, pada Januari lalu adalah salah satu faktor Milan berjaya menampilkan prestasi cemerlang dengan merekodkan 10 perlawanan tanpa kalah dalam saingan Serie A sejak ia kembali diteruskan bulan lepas.

Ia termasuk perlawanan menentang Atalanta di Stadium San Siro awal pagi semalam yang berkesudahan seri 1-1 sekali gus membolehkan Milan kekal di tangga keenam dan menjamin slot ke pentas Liga Europa musim depan.

“Sumbangan Zlatan amat pen­ting terhadap kedudukan kami dalam saingan liga. Saya amat berharap dapat bekerjasama de­ngan beliau lagi selepas ini.

“Saya juga percaya pihak pe­ngurusan akan berunding de­ngan Ibrahimovic mengenai lanjutan kontrak baharu tetapi buat masa ini masih tiada apa-apa rundingan dijalankan,” kata Pioli.

Bekas penyerang Sweden itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu membuat ‘pusingan U’ kekal bersama Milan jika kelab tersebut melantik Ralf Rangnick sebagai pengendali baharu menggantikan Pioli.

Bagaimanapun, Milan mengu­bah pendirian dengan menawarkan kontrak baharu kepada Pioli yang dilihat bakal mempe­ngaruhi keputusan awal Zlatan.

Begitupun, pihak pengurusan Milan akan cuba memujuknya kerana pengarah teknikal kelab, Paolo Maldini juga mahu bekas penyerang Manchester United itu kekal semusim lagi di San Siro dan membantu pasukan itu meraih kedudukan yang lebih baik musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI