fbpx

Kerajaan negeri rancang pindah MIK di Bukit Malut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Menara Alor Setar, Ainol Shahrina Sahar (kiri) dan Pengurus Besar Menara Alor Setar, Zamri Abdul Razak ketika berada di pelantar terbuka Star View hari ini.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah merancang untuk memindahkan golongan Melayu Islam Kedah (MIK) yang menduduki kawasan Bukit Malut di Langkawi sejak sekian lama ke lokasi baharu  di pulau peranginan itu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihaknya kini hanya menanti persetujuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berbuat demikian.

“Saya dah minta pihak tertentu mengadakan perbincangan dengan MKN memandangkan isu MIK ini terletak 100 peratus di bawah MKN.

“Saya yakin MKN akan turut bersetuju dengan cadangan itu, bagaimanapun setakat ini saya mahu merahsiakan terlebih dulu kawasan pemindahan mereka itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan tarikan terbaharu di Menara Alor Setar dikenali sebagai ‘Star View’ di sini hari ini.

Muhammad Sanusi menambah, langkah tersebut bagi membolehkan tanah di Bukit Malut itu dikembalikan kepada pemilik asalnya.

“Tanah yang mereka duduki di Bukit Malut sekarang ini bertuan. Ada antaranya milik Permodalan Kedah Berhad (PKB), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

“Cumanya golongan penduduk ini telah berada di situ sejak sekian lama, jadi jika mendapat persetujuan daripada MKN, kita akan pindahkan golongan ini ke kawasan lain,” katanya.

Jelasnya, kebanyakkan mereka yang berada di situ merupakan warganegara Malaysia dan memiliki Mykad.

“Isu ini sudah lama, sejak saya kecil lagi. Kenapa masih tak selesai? Itu kena tanya pemerintah dulu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI