fbpx

Kantoi guna alat pengesan suhu tanpa bateri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Polis mengesan terdapat premis perniagaan yang mengambil sambil lewa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) apabila ada yang menggunakan alat pengesan suhu badan tanpa bateri semasa Op Pematuhan di bandar raya ini malam tadi.

Dalam operasi bermula pukul 8 hingga 10 malam itu, pemilik sebuah premis di Lebuh Chulia di sini antara lebih 22 individu yang dikompaun atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pemeriksaan itu dibuat bertujuan membendung penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, operasi tersebut melibatkan beberapa kawasan tumpuan pelancong di sekitar kawasan Balai Polis Central, Lebuh Chulia dan Love Lane.

“Antara alasan yang diberikan pelanggan yang dikompaun adalah kononnya mereka tidak tahu tentang jarak sosial yang ditetapkan di premis makanan.

“Malah kita juga ada menemui alat pengesan suhu badan tiada bateri dan hanya diletakkan sebagai ‘dummy’ di atas meja. Ini antara tindakan yang tidak boleh kita terima,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan di daerah itu bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI