fbpx

Coman tidak akan dijual ke United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COMAN (kiri) dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, namun Bayern enggan melepaskan khidmatnya. - AFP

MUNICH – Juara Bundesliga, Bayern Munich tidak berminat untuk menjual pemain sayap sensasi, Kingsley Coman yang menarik minat Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sebagai rekod, Coman telah mempamerkan aksi cemerlang untuk membantu Bayern menjuarai Bundesliga dan Piala Jerman dengan meledak tujuh gol selain tujuh lagi bantuan jaringan.

Namun, masa depan pemain antarabangsa Perancis itu di Allianz Arena dilihat samar selepas Bayern menandatangani pemain sayap Manchester City, Leroy Sane awal bulan ini.

Difahamkan, keputusan itu telah dibuat oleh barisan pengarah tertinggi kelab yang percaya Coman masih boleh memberi sumbangan penting buat pasukan Bayern pada musim depan.

United pula sememangnya sedang mencari pemain sayap dan menjadikan Coman sebagai alternatif sekiranya gagal menandatangani bintang sensasi Borussia Dortmund, Jadon Sancho. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI